Thursday 9 April 2009

2002 Bahasa Melayu ExAM

Pilih jawapan yang betul untuk soalan-soalan di bawah ini:

1. Alan dan Rama mengulangkaji untuk peperiksaan mereka dalam masa dua bulan lagi.
Mereka selalu belajar bersama di...(A) perpustakaan

2. Waktu semasa matahari tenggelam dipanggil waktu...(D) senja

3. Salah satu daripada jawapan di bawah ialah pengangkutan awam:(B) basikal

4. Anda mahu makan makanan berdaging, pilih makanan pilihan anda di bawah:(D) rendang lembu

5. Imran berkahwin dengan Asiah. Ibu dan bapa Asiah ialah...(B) mertuanya

6. Kalau hari ini hari Sabtu, lusa ialah hari...(B) Isnin

Exercise 2 Questions 7-12
_____________________________________________________
HOTEL FORTUNA MEMERLUKAN ANDA!!!!

Adakah anda seorang yang peramah? Adakah anda suka bertemu dan bersosial dengan orang ramai? Adakah anda seorang yang cekap dan bersedia untuk bekerja malam? Jika jawapan anda ialah 'ya' dan anda berumur antara 20-30 tahun, Hotel Fortuna mungkin mempunyai pekerjaan yang sesuai dengan anda. Jawatan pengurus di waktu malam ialah jawatan sementara dan selain daripada gaji bulanan sebanyak RM 800.00 anda akan dibayar elaun pekerjaan malam. Gaji anda juga mungkin akan dinaikkan sekiranya anda mempunyai pengalaman bekerja di hotel sebelum ini. Pihak pengurusan Hotel Fortuna tidak memilih jantina asalkan calon tersebut mempunyai kelayakan seperti yang disebutkan di atas. Sekiranya anda pandai bercakap lebih daripada satu bahasa asing selain daripada bahasa ibunda anda, anda akan mendapat pertimbangan. Jangan berlengah lagi.
Hubungilah Encik Hashim Idris,
Hotel Fortuna,
Nombor telefon: 04-3350829

ataupun hantarlah permohonan anda kepada:
Encik Hashim Idris,
Hotel Fortuna,
51-55 Jalan Benua,
451920 Kuala Lumpur.

Permohonan ini ditutup pada 28 Mei 2002.
________________________________________________________

7. Iklan di atas ialah mengenai permohonan pekerjaan. (Benar)
8. Jawatan ini ialah untuk pengurus pada waktu siang. (Salah)
9. Selain daripada gai setiap bulan, pekerja akan mendapat elaun. (Benar)
10. Hotel Fortuna lebih suka mengambil pekerja lelaki.(Salah)
11. Kebolehan menggunakan bahasa asing diberi pertimbangan.(Benar)
12. Ada satu saja cara untuk menghubungi Encik Hashim Idris.(Salah)

Siapakah yang menyaksikan kemalangan ini?

Seorang pelajar lelaki berumur 10 tahun telah mendapat cedera parah dalam satu kemalangan pada 27 april 2002. Peristiw ini berlaku pada jam 2.30 petang ketika pelajar tersebut sedang berjalan pulang dari sekolah. Penunggang motosikal yang melanggarnya juga jatuh tetapi dikatakan menunggang motosikalnya semula dan terus memecut ke arah bandar. Menurut seorang saksi, motosikal ini berwarna merah dan pemandunya tidak memakai topi keledar.
Pihak polis sedang membuat penyiasatan dan memerlukan lebih banyak maklumat mengenai kemalangan ini. Sesiapa yang menyaksikan kejadian ini atau mempunyai apa-apa maklumat mengenai penunggang motosikal tersebut, sila hubungi:
Balai Polis Simpang Dua,
No. Tel: 04:5617822




PiSaNG EmaS

1. Roza sering keliru apabila orang bertanya tentang pekerjaan abah Roza.Semasa Roza belum bersekolah.

2. Roza melihat pelbagai jenis baju yang ayahnya telah pakai dalam masa satu hari; Waktu pagi ayahnya pakai baju kemas dengan tali leher, pada waktu petang ayahnya pakai baju yang lusuh, topi hijau dan juga parang disisi pinggangnya.

3. Roza dan adik beradiknya telah berbincang akan dari mana ayah mereka mendapat duitnya~Jawapannya adalah dari buah pisang!~

4. Roza terfikir, jika cikgu di sekolah tanya nanti nak jadi apa, Roza akan menjawab," Saya nak jual pisang cikgu sebab nanti dapat duit".