Sunday 29 March 2009

Saya Sebijik Bola

Aku adalah sebijik bola. Aku dilahirkan di sebuah kilang
di Jepun. Aku diberi nama Adidas F50 dan terdiri daripada
empat warna iaitu putih, hijau, hitam dan merah.

Selepas itu aku disusunkan di dalam kotak untuk dihantar
ke negeri Manchester United di Eropah bersama kawan-
kawanku.

Tibalah saya di Manchester United dan dihantarkan ke
kedai bernama JJB Sport. Apabila saya ditarik keluar dari-
pada kotak itu, saya diletakkan di tempat kanak-kanak
di tepi dinding untuk dipamerkan bersama kawan-
kawanku dan kawan-kawan baru bernama Nike Tiempo
7, Le Coq Sportif dan juga Reebok.

Suatu hari, saya dibeli daripada seorang buda yang
sedang membeli-belah pada hari itu. Keesokan harinya,
dia ambil saya dari biliknya dan bawa saya ke sekolah dia.

Pada waktu 11.00 pagi, tuanku bawa saya ke taman
permainan di dalam kawalan sekolah dan sepak saya ke
atas langit dan teruskan bermain dengan saya.

Selepas beberapa sepakan, tuan saya terdapat satu
sepakan yang amat kuat dan melayanglah saya ke atas
langit dan terhentak di dinding yang berdekatan. Selepas
itu, saya terpantul diatas bumbung sekolah tuan saya.
Dalam beberapa hari tuan saya berputus asa dan
tinggalkan saya di atas bumbung sekolah itu.

2 comments:

  1. saya sebiji bola.

    saya dibuat dari plastik. saya dipamerkan di kedai sukan. Suatu hari seorang lelaki remaja datang membeliku. Gembira dihati bukan kepalang.

    Aku dibawa pulang ke rumahnya. Tiap-tiap hari aku dibawa ke padang bola untuk ditendang. Saban hari dan saban minggu ditendang hari hari, akhirnya kulitku terkoyak. Lalu aku dibuang ke tong sampah setelah tuan aku membeli bola sebiji dan serupaku untuk digantikan.

    Lori sampah datang memungutku lantas aku dibakar di tempat pelupusan sampah. TAMATLAH riwayat hidupku. sekian. amin.

    ReplyDelete
  2. AKU SEBIJI BOLA

    Aku ialah sebiji bola.Aku dihasilkan di sebuah kilang di Taiwan.Aku diperbuat daripada beberapa bahan seperti kapas dan polister.Badanku mempunyai beberapa warna seperti hitam,putih dan juga merah.Setelah siap,aku telah diberi nama ADIDAS dan telah disusun di dalam kotak untuk dihantar ke Malaysia untuk dipasarkan.

    Selepas 2bulan berada di atas sebuah kapal laut,akhirnya aku tiba di Pelabuhan Pasir Gudang.Kemudian aku telah dibawa pergi dengan menggunakan sebuah lori ke Bandaraya Johor Bahru.Akhirnya aku tiba dihadapan sebuah kedai peralatan sukan yang bernama Kedai Sukan Ikhsan.Di sana terdapat banyak bola yang diletakkan di atas rak untuk dipamerkan.Aku bersama kawan-kawanku telah diletakkan di dalam sebuah bakul yang berada di atas lantai.Kami tidak diletakkan di atas rak kerana kami mempunyai kualiti yang rendah berbanding bola-bola lain.

    Hampir sebulan aku berada di kedai itu.Tiada pelanggan yang mahu membeli aku kerana mereka lebih tertarik untuk membeli bola yang dipamerkan di atas rak.Walaupun sedih namun aku yakin suatu hari nanti pasti akan ada orang yang akan membeli aku.Akhirnya,pada sebuah petang,seorang remaja yang berpakaian seragam sekolah telah membeli aku pada harga RM150 dan telah membawa aku pulang ke rumahnya.

    Tuan baruku bernama Amin. Dia adalah seorang yang baik hati kerana sering menggunakan aku dengan berhati-hati.Tiap kali selepas menggunakan aku,dia akan membersihkan lumpur yang terdapat dibadanku.Dia juga akan menyimpanku di biliknya bagi mengelakkan aku daripada dicuri.Namun hayatku tidak lama.Selepas 5bulan digunakan,pada suatu hari, badanku telah cedera parah akibat ditendang dengan sangat kuat oleh kawan Amin.Akhirnya aku telah dibuang di tempat pembuangan sampah setelah kawan Amin bersetuju untuk menghadiahkan Amin sebiji bola yang baru.Maka berakhirlah riwayat hidupku sebagai sebiji bola.

    p/s:Sedikit pesanan:
    1)-kena consistent.kalau nk guna 'aku',guna 'aku' dalam semua ayat.jgn campur 'aku' dan 'saya'.
    2)Manchester United adalah nama pasukan bola sepak,bukan nama tempat.Nama tempat Manchester je,xde united.

    OK,Good Luck..

    ReplyDelete