Sunday 22 March 2009

Saya Sepasang Kasut

Saya adalah sepasang kasut bernama Ali.
Saya tinggal di London Kedai Kasut.

Warna saya adalah warna biru. Saya
adalah berjenama Nike Zoom. Panjang
saya adalah 26 cm dan tinggi saya adalah
11 cm.

Tuan saya adalah bernama Amin. Dia
beli saya pada hari Isnin, selepas saya
dipamerkan di London. Amin amat suka
dengan saya. Amin selalu pakai saya
bila dia akan pergi ke permainan bola
sepak dia.

Saya harapkan Amin akan menjaga
saya dengan berhati-hati dan juga akan
bagitahu ke sahabat-sahabatnya
tentang kasut baru ini.

3 comments:

  1. saya sepasang kasut


    saya dibeli di sebuah carboot sale di kandang biri-biri oleh ibu dan anak. mereka mempunyai tapak saiz kaki yang sama. oleh itu mereka bergilir gilir memakainya. ibu memakai saya ketempat belajar dan bekerja. anak memakai saya ke sekolah dan padang bermain bola.

    suatu hari mereka pergi ke car boot yang jauh di garstang dan mereka membeli kasut terpakai yang lagi baru dan murah. saya di letak ke dalam sebuah tong didepan kedai di lancaster yang tertulis 'Letak kasut terpakai anda di dalam tong ini untuk dihantar atau derma ke afrika'.

    sekarang saya dalam sebuah kapal menuju ke afrika. selamat belayar ke afrika untuk saya dan bertemu dengan tuan yang baru.

    ReplyDelete
  2. abi,

    boleh letak cerita tentang sepasang kasut di sini dan klik di post comment.

    ReplyDelete
  3. AKU SEPASANG KASUT

    Aku adalah sepasang kasut.Aku dilahirkan di sebuah kilang di China dan telah diberi nama NIKE AIR MAX. Aku terdiri daripada 2 warna iaitu putih dan biru. Setelah siap, aku bersama-sama kawan-kawanku yang lain telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak untuk dihantar ke London.

    Setelah tiba di London, aku telah dibawa pergi oleh sebuah lori untuk dijual di sebuah kedai di Gedung Membeli-belah Harrods. Di kedai tersebut aku telah bertemu dengan kawan-kawan baru seperti ADIDAS dan juga REEBOK. Kami telah diletakkan di atas sebuah rak untuk dipamerkan.

    Setelah beberapa hari dipamerkan,akhirnya aku telah dibeli oleh seorang lelaki.Aku telah dibawa pulang ke rumahnya dan telah digunakan untuk bermain bola sepak.Selepas setahun digunakan, akhirnya badanku telah terkoyak dan tuanku telah membuang aku ke dalam tong sampah.Maka,tamatlah riwayat hidupku sebagai sepasang kasut.

    ReplyDelete